Monday, February 28, 2011 | By: Guru Cemerlang @ HSBM

TARIKH MASUK GAJI

Tarikh Pembayaran Gaji 2011

( Satu Tarikh Gaji Untuk Semua Negeri )
BULAN TARIKH HARI CATATAN
JANUARI 25. 01. 2011 Selasa  
FEBRUARI 24. 02. 2011 Khamis Tahun Baru Cina 03 & 04 Feb 2011
MAC 24. 03. 2011 Khamis  
APRIL 25. 04. 2011 Isnin
MEI 24. 05. 2011 Selasa Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2011
JUN 23. 06. 2011 Khamis
JULAI 25. 07. 2011 Isnin
OGOS 24. 08. 2011 Rabu Hari Raya Puasa 30 & 31 Ogos 2011
SEPTEMBER 22. 09. 2011 Khamis
OKTOBER 20. 10. 2011 Khamis Deepavali 26 Oktober 2011
NOVEMBER 24. 11. 2011 Khamis Hari Raya Haji 06 & 07 Nov 2011
DISEMBER 19. 12. 2011 Isnin Hari Krismas 25 Dis 2011

Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai & Hari Raya Haji tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.

Sumber : Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2010.

Rujukan : ANM (T) 81 / 10 / 6 / 10 / Jld. 5 ( 36 )

 
Wednesday, February 9, 2011 | By: Guru Cemerlang @ HSBM

Pengumuman buat GC

Pengumuman Penulisan Amalan Terbaik GC

Guru-guru Cemerlang yang dihormati,
Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) akan menerbitkan buku Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang untuk semua mata pelajaran.
Sehubungan dengan itu, MGCM mempelawa semua guru cemerlang untuk menghantar hasil penulisan mereka berdasarkan syarat-syarat yang berikut:
1Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu Baku dan panjangnya sekitar 2000 – 4000 perkataan (12 – 20 halaman kertas A4)
2. Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubah suai, diterjemah atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau elektronik.
3. Tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensetif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan dan budaya di Malaysia.
4. MGCM berhak untuk menerbitkan rencana yang terpilih, dan dalam berbuat demikian, kami berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu, ke atas rencana yang berkenaan. Rencana yang dihantar kepada MGCM tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain.
5. Gambar, gambar rajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana, hendaklah dinyatakan sumber rujukannnya. (Sebaik-baiknya dilukis atau gambar fototo diambil sendiri)
6. Karya hendaklah bertaip (komputer), Ariel dan fon 12, berjarak dua (double spacing) dengan menggunakan kertas taip saiz A4 dan ditaip pada sebelah kertas yang digunakan dan disertakan juga dalam bentuk CD (soft copy).
7. Penyertaan hendaklah disampaikan menggunakan borang rasmi.
8. Setiap guru cemerlang boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah rencana sahaja.
9. Hanya rencana yang mencapai tahap penilaian akan diterbitkan.
10. Penulis yang rencananya diterbitkan akan menerima sebuah buku dan honorarium yanag difikirkan sesuai.
11. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Mac 2011. Karya mesti sampai kepada MGCM pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.
12. Pada muka hadapan rencana hendaklah dituliskan butiran yang berikut:
      a. Nama Penulis (seperti di dalam kad pengenalan)
b. Nama dan alamat sekolah
13. Hantarkan hasil penulisan dalam bentuk soft copy (CD) dan hard copy kepada:
AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
7, JALAN BAUNG, TAMAN BINTANG,
83500 PARIT SULONG
BATU PAHAT, JOHOR.
012 7373690